Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PRK Slim peluang pengundi betulkan kesilapan kerana undi PH pada PRU14'

Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini berpeluang mewakili suara rakyat Malaysia untuk membetulkan kesilapan dalam memilih Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya pada Pililhan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi berkata dengan memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN), ia menyampaikan mesej jelas bahawa rakyat tidak lagi menyokong PH.

"Ia akan menghantar mesej yang jelas kepada pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang yang masih merasakan mereka ada sokongan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santai Peladang dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Pertubuhan Peladang Kawasan Slim River di Kampung Changkat Sulaiman di Tanjung Malim, Perak hari ini.

Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II turut memohon pengundi mempertimbang kekuatan parti yang diwakili calon dan bukannya bersandarkan kebolehan calon semata-mata, kerana parti politik itu yang mampu menterjemah pendirian calon terbabit.

PRK DUN Slim akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz, 43, dan dua calon Bebas iaitu S. Santhasekaran, 44, dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang baharu mengemukakan permohonan rasmi penubuhan, semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS