Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin hargai pimpinan PAS sambut baik Bersatu sertai MN
Diterbitkan:  Aug 18, 2020 10:28 PM
Dikemaskini: 2:46 PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di parlimen.

"Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, lima keping gambar Muhyiddin bersama Abdul Hadi serta ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS