Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rasuah RM3 juta: Bekas SU sulit kanan bekas menteri didakwa esok
Diterbitkan:  Aug 18, 2020 8:24 PM
Dikemaskini: 12:24 PM

Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri kabinet akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur esok berhubung kes rasuah hampir RM3 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan.

Mengikut senarai kes mahkamah, kes Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman Mohd Saifullah bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 29 tahun itu direman selama lima harı mulai 15 Ogos sehingga esok.

Difahamkan dia akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan menerima rasuah pada tahun lepas di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS