Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga petrol naik 5sen, diesel 3sen
Diterbitkan:  Aug 14, 2020 6:27 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 5sen bermula 12.01 tengah malam ini, sehingga 21 Ogos.

RON95 naik daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter, manakala RON97 naik 5sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter;

Harga runcit diesel pula naik sebanyak 3sen seliter, daripada RM1.79 seliter kepada RM1.82 seliter.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan media sebentar tadi.

“Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” kata kementerian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS