Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada kompromi dengan sebarang elemen gansterisme - IGP
Diterbitkan:  Aug 12, 2020 3:20 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang elemen gangsterisme, termasuk tindakan mereka yang mengugut mana-mana pemberi maklumat berkaitan kes jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata demikian semasa merujuk kejadian pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mendakwa beliau diugut gangster susulan pembongkarannya mengenai aktiviti perjudian di Sungai Buloh, baru-baru ini.

“Saya tidak boleh terima elemen gangsterisme yang berlaku kepada dia (Mohd Asri) atau sesiapa sahaja yang berkongsi maklumat mengenai kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Mohd Asri bahawa beliau dihubungi oleh individu mengaku ‘ayahanda’ yang tidak berpuas hati dengan perbuatannya mendedahkan kegiatan judi di Sungai Buloh, yang tular di media sosial.

Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Shukri Abdullah dilantik memangku jawatan sebagai pengarah, selepas Datuk Seri Rosli Ab Rahman bersara wajib hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS