Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tommy nafi cadang penyelesaian luar mahkamah dengan Goldman Sachs
Diterbitkan:  Aug 7, 2020 1:06 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menafikan dakwaan kononnya dia bersetuju supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Dalam satu surat tulisan tangan kepada Malaysiakini, Tommy berkata dia tidak akan membangkitkan perkara itu lagi.

Tommy berkata beliau juga tidak berhasrat untuk memanjangkan persengketaan dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sepatutnya memberi tumpuan menguruskan ekonomi negara dan menangani penularan Covid-19.

"Saya cacat tanpa salinan semua surat saya mengenai Goldman Sachs kepada perdana menteri.

"Oleh itu, saya akan berhenti memberikan komen mengenai perkara ini, kecuali untuk kali nterakhir menafikan bahawa kami bersetuju untuk menerima AS$1.75 bilion.

"Kami tidak setuju. Tidak ada penyelesaian yang dicapai dengan Goldmans ketika saya mengundurkan diri pada 28 Februari 2020," tulisnya lagi.

Surat tulisan tangan itu ditandatangani (Tan Sri) Tommy Thomas dan bertarikh 7 Ogos 2020.

Dewan Rakyat semalam panas ekoran isu keputusan yang didakwa dicadang untuk mendapatkan penyelesaian luar mahkamah kerajaan PH dengan firma Goldman Sachs.

Ia bermula apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memetik nama Tommy Thomas dengan merujuk surat bekas peguam negara itu - bertarikh 11 Feb - yang didakwa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah bersama bayaran balik dana sebanyak AS$1.75 bilion.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangkit mempersoalkan sama ada persetujuan Perikatan Nasional (PN) untuk penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion itu mendapat kelulusan kabinet.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun, kemudian mencelah dan memberikan jawapan kepada soalan Lim itu bagi pihak kerajaan.

Sebelum ini Thomas mengkritik persetujuan kerajaan PN dengan Goldman Sachs - bernilai AS$2.5 bilion dalam bentuk tunai dan AS$1.4 bilion dalam bentuk jaminan - bagi mendapatkan semula aset yang diperolehi menggunakan dana 1MDB.

Menurut Thomas, kerajaan sepatutnya boleh mendapat nilai lebih tinggi daripada perjanjian berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS