Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmi sambut baik usaha beri lebih kuasa pada SPR

Pemangku pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom mengalu-alukan cadangan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memberi lebih kuasa kepada pegawainya.

“Ini adalah isu kita mesti jelaskan bahawa kuasa untuk ambil tindakan hanya terdapat di tangan polis dan pihak SPRM, bukan SPR, ramai tak tahu.

“Pegawai SPR sendiri tiada banyak kuasa untuk ambil tindakan jadi ini adalah satu perkara yang perlu ambil berat.

“Kita alu-alukan dalam inisiatif ini yang kita kaji untuk beri lebih kuasa pada (pegawai) SPR untuk kuat kuasa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di bengkel libat urus pindaan akta kesalahan pilihan raya bersama parti-parti politik di Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan antara pindaan yang dicadangkan melibatkan jenis-jenis kesalahan pilihan raya (bahagian I) dan perbuatan rasuah (bahagian II).

Akta digubal 1954, sudah lapuk - Bersih

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann, sebagai penganjur program, berkata pindaan akta perlu dibuat kerana ia sudah lapuk.

“[...] Seperti contoh adakah dengan membeli makanan dan minuman itu satu kesalahan dalam akta (Kesalahan Pilihan Raya 1954)?

“Ada banyak keraguan dan ketidakpastian dan peruntukan itu.

“Masalah besar lain pada akta itu adalah ia tak meliputi situasi sekarang termasuk penggunaan media sosial. Tahun 1954 tiada media sosial.

“[...] Akta itu juga tidak memberi kuasa kepada pegawai SPR untuk ambil tindakan,” katanya lagi.

Jelas Fann, pihaknya juga sudah membuat perbincangan beberapa pindaan akta itu sejak Februari 201.

“Kita dah bincang mengenai cadangan pindaan itu sejak Februari 2019 sebab kita dah tahu lama yang akta itu dah lapuk dan tak efektif untuk kuat kuasa.

“Kita harap kerajaan juga akan mengambil usaha untuk membaiki akta itu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS