PAS sudah memuktamadkan kerusi yang bakal ditandingi dalam pilihan raya negeri Sabah.
“PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan-rakan politik lain,” kata pesuruhjaya PAS negeri Mohd Aminuddin Aling.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS kalah di semua kerusi ditandingi di Sabah.
Dalam kenyataan hari ini, Mohd Aminuddin berkata mereka mengambil pendekatan mesra dengan rakan politik di Sabah dan akan “terus membuktikan setiakawan” seperti dalam pilihan raya kecil Kimanis sebelum ini.
“PAS Sabah penuh yakin seandainya semangat setia kawan ini diteruskan pasti akan membuahkan kemenagan yang sangat manis,” katanya.