Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Senarai calon Umno diumum 2 minggu lagi - Bung
Diterbitkan:  Aug 2, 2020 5:00 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

PRN SABAH | Umno akan mengumumkan senarai penuh calon yang bakal bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dalam masa dua minggu lagi.

BH Online memetik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata perkara itu akan dilakukan sejurus selesai rundingan pembahagian kerusi antara rakan komponen serta parti sekutu yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Bung Moktar menjelaskan Umno dan sekutunya memutuskan untuk berdepan dengan Warisan di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Kita sudah putuskan Umno-BN dan rakan lain di mana kita akan bertanding di 73 kerusi melawan Warisan.

"Bermakna, Umno Sabah akan berunding dalam kalangan komponen BN dalam sehari dua ini dan seterusnya kita akan berunding dengan rakan kita yang bukan pro dengan Warisan," katanya.

Semalam, Bung Moktar dilaporkan sebagai berkata bahawa Umno akan mempertahankan 32 kerusi DUN yang secara tradisinya ditandingi parti itu.

Bagaimanapun, berlaku beberapa pertindihan kerusi apabila Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor yang menyatakan bahawa parti itu akan bertanding dalam 45 kerusi daripada jumlah 73 kerusi DUN yang dipertandingankan pada PRN akan datang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS