Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM Sabah siasat dakwaan Adun ditawar wang untuk lompat parti
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 8:19 PM
Dikemaskini: 12:19 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarahnya, S Karunanithy berkata SPRM Sabah telah menghubungi Adun yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.

"Hasil interaksi itu, Adun terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

"Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat," menurutnya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa kononnya beberapa Adun Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS