Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock diteruskan
Diterbitkan:  Jul 31, 2020 2:38 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Siasatan semula terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock masih berterusan setelah kertas siasatan disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 24 Februari tahun ini.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 24 Feb 200 dan pihak PDRM diminta untuk meneruskan siasatan dan mengemukakan kembali kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara setelah siasatan lengkap dijalankan," kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dalam jawapan bertulis parlimen pada 29 Julai.

Hamzah menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengenai status siasatan semula kematian Teoh.

Hamzah Zainuddin.

Teoh, pembantu politik Adun Seri Kembangan DAP ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati setelah jatuh dari tingkat sembilan ibu pejabat SPRM di Shah Alam, tempat Teoh ditahan semalaman untuk disoal siasat mengenai kes majikannya pada 16 Julai 2009.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Teoh meninggal dunia akibat jatuh yang mungkin disebabkan oleh tindakan melanggar undang-undang orang yang tidak diketahui, termasuk pegawai SPRM.

Mahkamah juga memerintahkan polis untuk menyiasat kematian tersebut.

Bagaimanapun, AGC tidak menemui unsur jenayah dalam kematiannya.

Pakatan Harapan telah berjanji untuk menyiasat semula kes Teoh ketika mereka mentadbir kerjaan pada 2018.

Bagaimanapun, polis mendapat banyak kritikan kerana menyiasat kes itu tahun lalu di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan bagi menangani kesalahan mengurung secara salah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS