Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rombongan Musa gagal masuk ke Istana Negeri Sabah

Konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan rombongan ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas, Kota Kinabalu itu ditutup pihak berkuasa.

Konvoi yang dipercayai membawa 33 Adun yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad kelihatan keluar daripada salah satu kenderaan konvoi 33 Adun yang sudah membuat akuan sumpah untuk menyokong Musa bagi membentuk kerajaan negeri baru menerusi gabungan beberapa parti politik, untuk menemui anggota pihak berkuasa.

Meskipun hujan ketika ini, kenderaan membawa rombongan Musa itu dilihat masih beratur di kawasan tersebut, dan difahamkan pihak istana belum memberi kebenaran masuk.

Suasana di pintu masuk terkawal dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji turut kelihatan memantau keselamatan di situ.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun, Musa ketika mengulas perkembangan terbaru itu berpendapat pembubaran DUN Sabah adalah tidak perlu, membuang masa dan wang selain memudaratkan nyawa rakyat ketika negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Musa yang mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 33 Adun daripada 65 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru tanpa perlu melalui pilihan raya lagi, berkata dia tidak terkejut dengan pengumuman itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS