Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden Filipina isytihar cuti sempena Aidiladha
Diterbitkan:  Jul 30, 2020 4:16 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

GLOBAL | Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu.

"Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa," kata Duterte dalam satu kenyataan.

Tambah beliau tarikh itu dipilih berdasarkan syor Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina.

Presiden menasihatkan masyarakat Islam supaya mematuhi dan menjaga penjarakan sosial semasa perayaan.

Masyarakat Islam merangkumi kira-kira 10 peratus daripada 100 juta penduduk Filipina, menurut suruhanjaya itu.

Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao, wilayah majoritinya penduduk Islam, terletak di selatan Filipina, mengumumkan solat Aidiladha akan diadakan pada Jumaat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS