Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kami tak akan mengalah' - Anak Najib ikrar semangat tidak luntur
Diterbitkan:  Jul 29, 2020 1:19 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

"Kami tak akan mengalah".

Itu adalah kata-kata dorongan Nooryana Najwa Najib, anak bekas perdana menteri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, semalam kepada para penyokongnya berikutan keputusan semalam.

Dalam catatan di Instagram Stories, Nooryana mengucapkan terima kasih kepada penyokong setelah melalui apa yang dia anggapnya sebagai "48 jam paling lama dan penuh emosi"

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun setelah mendapati bekas perdana menteri itu bersalah atas semua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang berkaitan dengan 1MDB.

Walaupun "kecewa", Nooryana berkata, semangat keluarganya tidak luntur.

"Ini bukan penghujungnya. Kami kecewa tetapi tidak akan mengalah.

"Hari ini adalah hari yang lain dan hari lain membawa kemungkinan yang tidak berkesudahan ... jika semangat kami tidak luntur, Insya-Allah,” katanya dalam satu catatan ringkas.

Semalam, Najib didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan - satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun kepada tertuduh dan denda RM210 juta. Namun, kerana hukuman diperintahkan berjalan serentak, Najib akan menjalani 12 tahun sebagai gantinya.

Hakim juga membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan pihak pembelaan tetapi menaikkan jumlah jaminan kepada RM1 juta.

Dalam hantarannya hari ini, Nooryana berkata, dia akan ke mahkamah hari ini untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kes itu kerana dirinya dan abangnya adalah penjamin Najib dalam kes SRC International.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS