Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yadim mahu jadi 'dermaga' semua NGO dakwah
Diterbitkan:  Jul 29, 2020 12:16 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyuarakan komitmennya untuk menjadi badan yang menyatuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah tanpa mengira perbezaan politik.

Yang di-Pertua Yadim yang baru, Nasrudin Hassan menegaskan pejabat Yadim akan menjadi asas atau dermaga berlabuh semua NGO Islam yang berorientasikan dakwah.

"Ada orang berkata pejabat Yadim sudah jadi seperti pejabat PH bila NGO pro-PH datang berkunjung. Ada pula yang berkata, pejabat Yadim seperti pejabat Perikatan Nasional (PN) apabila NGO pro-PN pula datang berkunjung.

"Lalu pejabat Yadim itu apa? Saya tegaskan pejabat Yadim menjadi base atau dermaga untuk berlabuh semua NGO Islam yang berorientasikan dakwah untuk direncanakan dan digerakkan bersama, sehayun tangan selangkah kaki ke medan dakwah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Yadim mengalu-alukan usaha murni semua NGO dakwah termasuk kalangan yang bersaiz kecil dan terhad capaian kegiatannya.

"Namun tentu sahaja tidak memadai sekadar banyaknya pertubuhan, tingginya kesungguhan dan aneka gaya pendekatan jika segalanya tidak dirancang dan diselaraskan secara strategik dan bijaksana," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS