Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
JPJ jangka 100,000 kenderaan masuk Kelantan sempena Aidiladha

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan 100,000 buah kenderaan akan memasuki negeri itu sempena Aidiladha.

Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf, berkata kemasukan jumlah kenderaan itu bermula sejak semalam sehingga Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini.

"Sebanyak 100,000 kenderaan dijangka akan masuk ke Kelantan sejak semalam hingga Aidiladha dengan peningkatan 59 peratus.

"Justeru itu, JPJ Kelantan melancarkan Ops Patuh sempena Aidiladha bermula semalam sehingga 2 Ogos dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya pada sidang media selepas Ops Penguatkuasaan Khas JPJ sempena Aidiladha di Terminal Bas Lembah Soreh, Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut, Hanif berkata Ops Patuh kali menggunakan pendekatan pemantauan dan pemerhatian untuk mengesan kesalahan pemandu di jalan raya.

"Untuk Ops Patuh kali ini, kita tidak mengadakan sekatan jalan raya bagi mengelak berlaku kesesakan trafik tetapi menggunakan kaedah pemantauan dan pemerhatian yang memfokuskan kesalahan utama seperti tidak memakai tali pinggang dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Kita menempatkan pegawai dan anggota di 17 lokasi yang dikenal pasti," katanya.

Sejak Ops Patuh dilaksanakan semalam, katanya lagi, sebanyak 121 notis saman dikeluarkan membabitkan nilai kompaun RM27,340.

"Kita mengingatkan pemandu yang pulang ke kampung supaya mematuhi undang-undang dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS