Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amanah pecat Adun Sabak
Diterbitkan:  Jul 28, 2020 12:49 PM
Dikemaskini: 5:40 AM

Lembaga Tatatertib Amanah semalam memutuskan untuk memecat keanggotaan Adun Sabak di Selangor, Ahmad Mustain Othman, atas faktor disiplin.

Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata tindakan tersebut diambil selepas Ahmad Mustain didapati melanggar Fasal 21.12 Perlembagaan Amanah.

"Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Amanah yang memberi kuasa kepada lembaga tatatertib untuk memecat mana-mana anggota yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebagai rekod, Ahmad Mustain bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan memenangi kerusi DUN Sabak dengan majoriti tipis 130 undi.

Beliau memperolehi 6,981 undi menewaskan calon BN Sallehuddin Mohd Iskan (6,851) dan calon PAS yang juga pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi.

Sementara itu ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh Malaysiakini, Ahmad Mustain mengesahkan beliau sudah menerima surat yang memaklumkan mengenai pemecatannya.

Bagaimanapun, apabila diminta mengulas sama ada beliau diberitahu alasan pemecatan tersebut, Ahmad Mustain hanya menjawab: "No komen."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS