Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tubuh parti baru: Tunggu keputusan mahkamah, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad memberi tidak menolak kemungkinan menubuhkan sebuah parti baru sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau bersama pasukannya juga akan membuat penilaian lain seperti menyertai parti sedia ada namun semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah nanti.

“Kalau kita nak bertanding pada Pilihan Raya Umum perlu ada parti, jadi kita tunggu keputusan mahkamah, sama ada buat parti atau tidak. Kita juga kaji untuk serta parti lain, tapi semua belum diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program santai Ahli Parlimen Langkawi bersama rakyat di Pejabat Pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi, hari ini.

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 Ogos ini bagi memutuskan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS