Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Solat Jumaat pertama selepas 86 tahun di Hagia Sophia hari ini
Diterbitkan:  Jul 24, 2020 6:54 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Solat Jumaat pertama selepas 86 tahun hari ini berlangsung kembali di Hagia Sophia, masjid ikonik Turki di Istanbul.

Ia berlangsung selepas republik itu menukar kembali status bangunan 1,500 tahun itu daripada muzium kepada masjid.

Presiden Recep Tayyip Erdogan turut hadir dalam acara itu, lapor Al Jazeera.

Pihak berkuasa agama berkata kira-kira 700 hingga 1,000 jemaah dapat menunaikan sembahaynag Jumaat dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter bagi membendung Covid-19.

Ketika solat, lantai Hagia Sophia ditutup dengan hamparan permaidani manakala silingnya yang memaparkan gambar salib, Nabi Isa dan Mariam seperti kepercayaan Kristian ditutup seketika.

Tapak bersejarah Unesco itu dibina kerana era empayar Byzantine. Ia ditukar pertama kali kepada masjid selepas ditawan kerajaan Islam Usmaniah pada 1453.

Pengasas Turki moden Mustafa Kmal Ataturk yang terkenal dengan pendirian sekularnya kemudian Hagia Sophia kepada muzium pada 1934.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS