Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion bagi penyelesaian 1MDB
Diterbitkan:  Jul 24, 2020 6:43 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur syarikat kewangan itu untuk firma, 1MDB.

Penyelesaian itu akan melibatkan pembayaran wang tunai AS$2.5 bilion dan janji untuk akhirnya memulangkan aset sebanyak AS$1.4 bilion.

Kementerian Kewangan berkata bahawa jumlah berkenaan berkaitan dengan "penyelewengan" dana yang melibatkan tiga transaksi bon yang dikendalikan oleh bank tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut kementerian kewangan, aset tersebut perlu diambil dari luar negara dengan Goldman Sachs berjanji akan membiayai proses mendapatkannya semula.

"Jumlah penyelesaian ini adalah peningkatan besar dari tawaran AS$ 1.75 bilion yang dibuat oleh Goldman Sachs kepada kerajaan pada tahun 2019," kata kementerian itu.

Menurut kementerian kewangan, penyelesaian berkenaan adalah pengakuan bersalah oleh Goldman Sachs berhubung tindakan dua bekas kakitangannya dalam skema untuk menipu 1MDB.

"Penyelesaian ini tidak akan menggugat tuntutan Malaysia terhadap Jho Low dan individu lain dalam skandal 1MDB," kata kementerian itu.

PM sambut baik

Sementara itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian berkenaan.

Dengan penyelesaian ini, katanya, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion (AS$4.5 bilion), termasuk dana yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini.

"Kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan-tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan 1MDB," jelasnya.

Goldman Sachs ditugaskan oleh 1MDB untuk mengumpulkan dana sebanyak AS$6.5 bilion antara tahun 2009 dan 2014.

Pada bulan Ogos tahun lalu, pendakwa raya Malaysia mengemukakan 17 pertuduhan jenayah terhadap Goldman Sachs.

Berikutan itu, bank berkenaan menawarkan penyelesaian mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS