Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan yang mengatakan parti berkenaan cuba menyembunyikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), agar tidak meninggalkan parti.

Ketua Menteri Sabah itu berkata semua Adun berkenaan bebas untuk bergerak ke mana sahaja kerana Malaysia negara demokrasi.

“Apa keperluan saya untuk menyembunyikan ADUN daripada Warisan..mereka bebas untuk pergi ke mana sahaja dan meraka ada keluarga untuk dijaga.

“Kenapa saya perlu sembunyikan mereka ..di mana mereka?..saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam dan saya menghadiri persidangan Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan Presiden Parti Solidariti Tanah Air Rakyat Sabah (STAR) Sabah Dr Jeffrey Kitingan mendakwa Mohd Shafie menyembunyikan Adun Warisan untuk mengelakkan mereka daripada meninggalkan parti berkenaan.

Sejak beberapa hari lepas muncul banyak ura-ura mengatakan bahawa Kerajaan Sabah pimpinan Warisan bakal tumbang apabila beberapa Adun Warisan dikatakan bertindak keluar parti.

Mengulas mengenai terdapat laporan mengenai ada Adun Warisan yang didatangi beberapa indiviu yang dipercayai cuba ‘membeli’ mereka untuk melompat ke parti tertentu, Mohd Shafie berkata wakil rakyat berkenaan telah membuat laporan polis.

“Oleh itu kita minta polis atau pihak berwajib untuk menjalankan siasatan kerana ini adalah salah satu gangguan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS