Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPD mungkin dikuatkuasa di Sarawak jika kes kian meningkat - KKM

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin akan dikuatkuasakan di Sarawak sekiranya kes positif Covid-19 menunjukkan trend peningkatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 19 kluster yang masih aktif, lapan daripadanya terdapat di Sarawak, namun buat masa ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih mampu mengawal penularan wabak itu.

"Tindakan kita, kita telah hantar pasukan KKM di lapangan dan akan memantap dan meningkatkan contact tracing (pengesanan kontak) untuk mengesan kes-kes yang positif.

"Setakat ini, kita masih mengawal dengan baik tetapi kalau perlu kita akan menjalankan PKPD di kawasan berkenaan, iaitu di lokaliti atau kumpulan sasar yang telah dikenal pasti," katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus menjalankan pengesanan kontak terhadap individu yang terdedah kepada kes-kes positif dan seterusnya melakukan ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke hospital manakala, jika negatif, akan dikuarantin.

Lapan kluster di Sarawak yang masih aktif adalah Sentosa, Stutong, Kejuruteraan Kuching, Mambong, Jupiter, Pusat Perubatan Kuching, Jeti Kuching dan PUI Melbourne.

-Bernama

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS