Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lesen Finas: ‘Kerajaan jahil, gila kuasa’
Diterbitkan:  Jul 23, 2020 4:35 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Ketua Sosialis Muda DAP (Dapsy) Selangor Wong Siew Ki menyifatkan keputusan kerajaan mensyaratkan lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk media sosial peribadi sebagai satu "kejahilan".

Wong yang juga Adun Balakong berkata, ia bukan saja menunjukkan kejahilan menteri terhadap bidang perfileman dan kebebasan bersuara, tetapi juga menunjukkan sifat “gila kuasa” kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Sebagai seorang pembikin filem dokumentari dan juga wakil rakyat, saya berasa amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah bahawa semua jenis pembikinan filem perlu mendapatkan lesen daripada Finas.

"Kenyataan ini bukan sahaja menunjukkan kejahilan menteri terhadap bidang pembikinan filem dan kebebasan bersuara, tetapi juga menunjukkan sifat gila kuasa kerajaan PN yang cuba mengawal secara tidak munasabah dan mendiamkan suara rakyat Malaysia.

"Sedangkan kebanyakkan filem-filem pendek dan dokumentari banyak membantu untuk menyalurkan maklumat dan sisi-sisi kebenaran sesuatu isu yang ingin diketengahkan memandangkan kebanyakkan medium arus perdana hanya bersifat sebelah pihak sahaja," katanya dalam kenyataan, hari ini.


BERKAITAN:
'Segala bentuk penggambaran perlu lesen Finas’


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS