Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Serom: Saya tak akan khianat mandat rakyat pada PH
Diterbitkan:  Jul 23, 2020 12:35 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Selepas sehari meletakkan jawatan dalam Amanah Johor, Adun Serom, Faizul Amri Adnan menegaskan beliau tidak akan mengkhianati mandat rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa saya kekal bersama mandat rakyat yang telah memberi kemenangan dan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri Johor amnya dan Negara Malaysia khasnya.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya kekal bersama mandat rakyat yang telah memberi kemenangan dan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memimpin negeri Johor amnya dan Negara Malaysia khasnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Faizul semalam melepaskan jawatan sebagai pengerusi jawatan pendidikan dan ahli jawatankuasa parti Amanah Johor.

Melalui salinan surat peletakan jawatan yang dilihat Malaysiakini, Faizul memberi alasan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat negeri dan susulan konflik dalaman.

Faizal hari ini bagaimanapun menegaskan masih seorang anggota Amanah.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan peletakan jawatan yang saya buat (semalam) adalah bagi memberi signal kuat kepada pimpinan tertinggi parti untuk menyelesaikan segala konflik dalaman parti di pelbagai peringkat sebagai persediaan untuk Amanah yang lebih kukuh dan ahli-ahli serta masyarakat Malaysia keseluruhannya yang lebih bersemangat serta positif bagi mengharungi cabaran politik semasa hari ini,"katanya.

Kata Faizal, isu tersebut seharusnya hanya isu dalaman parti namun telah ditularkan kepada umum oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang cuba menangguk di air keruh.

Faizul pada PRU14 lalu bertanding di kerusi berkenaan mewakili parti Amanah.

Sebelum ini ketika krisis politik Johor yang menyaksikan pertukaran kerajaan, Adun Amanah Johor turut dikaitkan dengan khabar angin akan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, kesemua kesembilan Adun Amanah di negeri itu menzahirkan sokongan kepada PH.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS