Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahidan gesa polis siasat 'pengintipan' mesyuarat Bersatu

Ahli parlimen Arau Shahidan Kassim menggesa polis menyiasat dakwaan pengintipan, sehari setelah rakaman yang dibocorkan dari mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu kembali mendapat perhatian.

Pemimpin BN itu berkata ia merupakan isu pelanggaran hak peribadi.

"Saya nak polis siasat orang yang langgar hal hak peribadi atau perkumpulan semasa mereka membuat mesyuarat atau perbincangan.

"Tidak ada rakyat lain boleh intip hal peribadi orang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh cuba memainkan rakaman yang didakwa mengandungi ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa ahli parlimen Umno boleh terpikat untuk bergabung dengan Bersatu sekiranya mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Shahidan semalam menyamakan pendedahan rakaman itu dengan skandal Watergate di AS.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Shahidan berkata bahawa sesuatu perbincangan tidak bermaksud bahawa apa yang dikatakan telah dilaksanakan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS