Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mempersoalkan mengapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih tidak melantik Ketua Eksekutif bagi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) selepas khidmat penyandang jawatan itu ditamatkan pada 30 Mac lalu.

Jelasnya, jawatan itu perlu diisi secepat mungkin kerana peranan agensi itu penting bagi membantu rakyat pasca penularan wabak Covid-19.

“ [...] Dah empat bulan jawatan itu belum lagi diberikan kepada sesiapa.

“Jadi apakah matlamat sebenar atau keperluan yang begitu tergempar pada 31 Mac untuk YKN dalam masa memerangi Covid-19 untuk tamatkan perkhidmatan Ketua Eksekutif Asmah Ibrahim,” katanya menerusi sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Hannah yang juga merupakan ahli parlimen DAP juga mempersoalkan tindakan kerajaan secara tergesa-gesa menamatka khidmat Asmah.

Menurutnya, Asmah, yang telah bersara dari perkhidmatan awam selama 28 tahun, tidak mempunyai sebarang rekod salah laku.

“Beliau banyak pengalaman dalam kebajikan dan bagaimana beliau dilantik adalah melalui proses temubual selama 4 jam.

"Ini adalah calon berwibawa tapi sangat malang diberhentikan pada waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula dan pada waktu YKN sibuk melancarkan tabung prihatin untuk memberikan kebajikan (kepada mereka yang memerlukan),” katanya lagi.

Untuk rekod, Asmah diberhentikan tugas sebagai Ketua Eksekutif YKN pada 30 Mac lalu, 12 hari selepas PKP pertama kali dilaksanakan.

Selain itu, Hannah juga berharap lantikan yang dibuat haruslah berdasarkan merit dan bukan politik semata-mata.

“Jadi saya gesa kementerian kurang main politik dan pastikan lantikan dari orang yang betul-betul layak dan berdasarkan kelayakan baru boleh ada intervensi yang betul.

“Kalau orang yang salah (dilantik) akan beri kesan salah,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS