Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas timbalan presiden PAS hantar surat representasi ke AGC

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah menghantar surat reprensentasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan hampir RM4 juta.

Mengikut amalan lazim perundangan, surat representasi adalah kaedah yang dicadangkan untuk menyelesaikan suatu kes, seperti menggugurkan pertuduhan atau tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan yang lebih rendah, misalnya.

Peguam bela Nasharudin, Mohd Shukri Ahmad Mansor mengesahkan kepada Malaysiakini hari ini bahawa surat representasi telah dihantar ke AGC pada 7 Julai lalu.

"Surat representasi dihantar pada 7 Julai untuk pertimbangan AGC. 19 Ogos telah ditetapkan untuk sebuatn kes dan mengemas kini Mahkamah Sesyen Shah Alam mengenai keputusan surat itu,” katanya.

Pada 22 Oktober tahun lalu, semasa perbicaraan di mahkamah rendah, Nasharudin memohon untuk dibicarakan atas tiga tuduhan pengubahan wang haram dan 30 tuduhan CBT berjumlah hampir RM4 juta.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS