Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketegangan kaum: K'jaan galakkan mediasi, berbanding undang-undang
Diterbitkan:  Jul 22, 2020 11:47 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Kerajaan lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan mediasi berbanding mendidik menggunakan undang-undang dalam usaha menangani ketegangan kaum di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique berkata, memang terdapat pelbagai undang-undang yang boleh digunakan untuk menangani mereka yang sengaja membuat provokasi kaum, tidak kira ahli politik atau orang awam.

“Walaupun begitu, pihak kementerian tetap mahu gunakan kaedah yang lebih menyemarakkan suasana perpaduan tanpa mendidik masyarakat melalui perundangan yang ada," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ini katanya, termasuklah dengan menggalakkan mediasi bagi menyelesaikan konflik dan ketegangan di dalam masyarakat.

[Berita penuh menyusul


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS