Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbang untuk menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dengan satu akta baru, menurut Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata akta baru itu, yang dinamakan Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan 2020, untuk meningkatkan keberkesanan dalam langkah-langkah pemulihan penagihan dadah.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

“Akta baru ini digubal untuk tingkatkan keberkesanan beri khidmat untuk pemulihan (penagihan) dadah.

“Akta baru ini juga akan mempertingkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut merupakan antara akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri untuk dikaji dan dipinda, seperti yang diumumkan bekas menterinya Muhyiddin Yassin pada 25 Januari lalu.

Ia sebahagian daripada matlamat KDN untuk melaksanakan program pemulihan bagi mengurangkan kadar penagihan berulang, katanya.

"KDN melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan memperkasakan program rawatan dan pemulihan bagi memastikan peratus orang kena pengawasan iaitu bekas penagih kekal pulih dalam tempoh dua tahun meningkat dengan sasaran sebanyak 65 peratus," katanya lagi, seperti dipetik Bernama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS