Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu cuti tambahan doktor kontrak unit tertentu dibawa ke JPA
Diterbitkan:  Jul 21, 2020 1:56 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Kementerian Kesihatan telah membawa isu permohonan cuti tugas khas perubatan bagi doktor kontrak lebih berisiko untuk perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini belum ada undang-undang yang memberikan kelebihan itu kepada doktor bertaraf kontrak.

“Tapi kita di kementerian kita prihatin. Dan kita amat mengambil berat dengan penjawat awam di Kementerian Kesihatan

“Jadi perkara ini telah dibawa ke agensi pusat JPA.

“Dan kalau tak silap saya dibuat pada bulan April tahun ini,” katanya kepada Malaysiakini ketika lawatan ke pejabat portal ini di Petaling Jaya semalam.

Dr Noor Azmi Ghazali

Malaysiakini pada 15 Julai lalu menerima aduan bahawa doktor kontrak di jabatan psikiatri dan jabatan radiologi tidak layak lagi mendapat cuti tugas khas perubatan selama 14 hari berbanding doktor jabatan lain.

Cuti ini diperkenalkan untuk mengurangkan risiko radiasi dan menjamin kesihatan mental doktor psikiatri.

Sementara itu, ditanya nasihatnya kepada golongan terjejas itu, Azmin meminta mereka bersabar buat sementara waktu.

“Yang pertamanya, bersabarlah. Kementerian kesihatan sangat prihatin.

“Bukan kita tak jaga. Kita mengambil berat dan kita juga mengambil tindakan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS