Paling Popular
Terkini

Aktivis Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Pulau Pinang K Sudhagaran Stanley ditahan polis malam semalam.

Namun, peguamnya RSN Rayer berkata, dia belum dapat mengesahkan atas sebab apa penahanan itu dibuat.

Bagaimanapun, satu rakaman suara dikatakan daripada Sudhagaran yang berlegar di media sosial mendakwa penahanan itu dibuat berhubung hantaran Facebooknya baru-baru ini berkenaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Saya tak pasti kenapa dia ditahan. Saya tak boleh benar-benar mengesahkannya (bahawa dia ditahan kerana hantaran Facebook).

“Saya sedang cuba berhubung dengan pegawai penyiasat, tetapi saya belum dapat,” kata Rayer ketika dihubungi hari ini.

Rayer berkata, dia dimaklumkan bahawa anak guamnya masih ditahan di Pulau Pinang, di ibu pejabat polis daerah Timur Laut.

“Saya mahu tahu kenapa dia ditahan dan di mana dia direman. Saya sedang cuba berhubung dengan pegawai penyiasat untuk mengetahui di mana prosiding reman akan berlaku.

“Sekurang-kurangnya kami boleh wakili dia (di prosiding itu),” kata Rayer.

Sudhagaran, 35, ialah penyelaras zon utara untuk C4.

Rayer kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa Sudhagaran sedang disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi kini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS