Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ujian klinikal Avigan untuk rawat Covid-19 bermula di Kuwait

Ujian klinikal ubat influenza Avigan, yang dikatakan berpotensi merawat COVID-19, akan bermula di Kuwait bulan ini, lapor Jiji Press memetik sumber pada Isnin.

Dianggarkan seramai 1,000 orang mungkin akan mengambil bahagian dalam percubaan klinikal itu untuk mengesahkan keberkesanan dan keselamatan ubat berkenaan sebagai penawar COVID-19.

Data yang dikumpulkan melalui percubaan itu akan digunakan untuk mendapatkan kelulusan bagi penggunaan ubat berkenaan di Jepun.

Ujian klinikal diketuai pengeluar ubat-ubatan India, Dr Reddy's Laboratories Ltd dan Fujifilm Corp, yang sudah menandatangani kontrak untuk lesen pembuatan serta penjualan Avigan di luar negara.

Syarikat Jepun akan menyokong ujian klinikal itu dengan membekalkan ubat berkenaan.

Fujifilm Toyama Chemical Co, anak syarikat Fujifilm membangunkan Avigan, dan memulakan ujian klinikal di Jepun pada akhir Mac dengan menyasarkan 96 peserta.

Ujian klinikal dijadual tamat penghujung Jun, tetapi tarikh akhir itu terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan peserta. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS