Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bilangan kumulatif kes penyakit kolera di Sabah meningkat secara mendadak kepada 43 kes, berbanding 21 kes direkodkan pada 1 Julai lepas.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah Frankie Poon Min Fung berkata faktor utama peningkatan dua kali ganda kes dalam tempoh tiga minggu itu, adalah kerana jangkitan penyakit bawaan air dan makanan tercemar.

“Walaupun kolera dapat diubati dan tidak membawa maut seperti COVID-19, namun ia boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes yang serius jika tidak diberi rawatan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara punca utama jangkitan penyakit berkenaan adalah disebabkan pesakit memakan makanan yang tidak dimasak atau mentah serta tidak membersihkan peralatan memasak dengan air yang dirawat.

“Oleh itu, penting untuk kita mengambil langkah pencegahan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan minum air dimasak dan mencuci tangan dengan sabun sebelum makan atau mengendalikan makanan dan setelah pergi ke tandas.

“Selain itu pastikan makanan laut dan daging dimasak dengan betul,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS