Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kebakaran rumah panjang: 8 bayi, 38 kanak-kanak diselamatkan
Diterbitkan:  Jul 19, 2020 11:35 PM
Dikemaskini: 3:35 PM

Lapan bayi dan 38 kanak-kanak adalah antara 135 orang yang diselamatkan dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Ulu Arip, Selangau, kira-kira 132 kilometer dari Sibu, malam tadi, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai APM Sibu Kapten (PA) Frankie John Jawan berkata kesemua mangsa yang turut merangkumi 12 warga emas, dua orang kurang upaya dan 75 orang dewasa kini terpaksa berlindung di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas rumah panjang 18 pintu yang didiami musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam, katanya ketika dihubungi.

Beliau yang mengendalikan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata bantuan awal termasuk Kit Makanan Permulaan telah diedar kepada mangsa sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak melaporkan kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 3.46 pagi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS