ADS
mk-logo
Berita
Bayi perempuan ditemukan dalam kotak air mineral
Diterbitkan:  Jul 19, 2020 11:22 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.

“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ADS

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS