Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes positif Covid-19 Indonesia kini lebih tinggi dari China
Diterbitkan:  Jul 19, 2020 12:45 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

GLOBAL | Indonesia terus menunjukkan kes Covid-19 yang membimbangkan malah kini negara itu mencatatkan kes positif lebih tinggi berbanding China -negara yang menjadi asal wabak berkenaan.

Kementerian Kesihatan Indonesia dalam kenyataan harian semalam melaporkan negara itu merekodkan 84,822 kes keseluruhan dengan 1,752 kes baru.

Ia mengatasi jangkitan di China yang setakat ini merekodkan 83,644 kes dengan 22 kes terbaru sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Acmad Yurianto, dilaporkan berkata Indonesia juga mencatatkan 59 kes melibatkan kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu sebanyak 4,016.

Jangkitan baru itu melibatkan 346 kes di Jakarta, diikuti Jawa Tengah dengan 266 kes, Jawa Timur dengan 204 kes dan Sulawesi Selatan sebanyak 168 kes.

Sementara itu setakat ini, seramai 43,268 mangsa Covid-19 di Indonesia dilaporkan pulih.

Jakarta mencatat 346 kes baru yang disahkan, diikuti oleh Jawa Tengah dengan 266 kes, Jawa Timur 204 dan Sulawesi Selatan 168.

Di peringkat global pula wabak itu sudah menjangkiti lebih 14 juta orang dengan lebih 601,500 orang meninggal dunia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS