Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker Dun Perak terima notis kekosongan kerusi Slim

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid mengesahkan telah menerima notis kekosongan kerusi DUN Slim susulan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Beliau berkata notis itu diserahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepadanya petang ini.

"Saya akan menyerahkan notis kekosongan DUN Slim itu kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.

Mohd Khusairi, 59, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 petang semalam di Hospital Bentong akibat serangan jantung selepas tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Allahyarham Mohd Khusairi menjadi wakil rakyat di kawasan Slim untuk tempoh empat penggal sejak tahun 2004.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga); manakala DAP menduduki 16 kerusi, Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) dan Gerakan (satu). 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS