Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

KES 1MDB NAJIB | Perbicaraan kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib Razak ditamatkan lebih awal hari ini bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menghadiri sidang Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah memutuskan untuk menghentikan prosiding hari ini pada pukul 3.15 petang susulan surat daripada speaker Dewan Rakyat.

Semalam, Sequerah menolak permohonan lisan yang dibuat peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk menamatkan prosiding hari ini sekitar pukul 1.3 tengah hari untuk Najib ke Parlimen.

"Saya telah baca surat dari speaker (Dewan Rakyat).

"Saya putuskan jika anak guam anda perlu ada di sana pada pukul 3.30 petang, maka perbicaraan diteruskan termasuk ketika rehat tengah hari," katanya.

Ini bermakna tiada rehat tengah hari untuk hari ini dan perbicaraan akan diteruskan sehingga pukul 3.15 petang.

"Selepas itu anak guam anda boleh ke Parlimen," katanya ketika prosiding hari ini.

Prosiding kemudian bersambung dengan pihak pembelaan meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, iaitu bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS