Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM Tunisia letak jawatan, 6 menteri dari Ennahda dipecat

GLOBAL | Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied.

Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baru dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.

Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.

Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana "konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa."

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS