Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis Israel tahan 50 penunjuk perasaan anti-Netanyahu
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 7:00 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

GLOBAL | Polis Israel menahan 50 penunjuk perasaan antikerajaan di Baitulmaqdis kerana melanggar peraturan ketenteraman awam dan menyebabkan kerosakan harta benda, lapor agensi berita Sputnik, memetik polis pada Rabu.

Menurut kenyataan, tunjuk perasaan itu berlaku pada Selasa petang berhampiran kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. 

Media melaporkan tunjuk perasaan itu bertukar menjadi ganas dan mengakibatkan pertembungan dengan anggota polis.

"Semasa rusuhan itu, 50 suspek mengganggu ketenteraman awam, menyebabkan kerosakan harta benda dan menyerang anggota polis, wakil media turut ditahan," kata polis.

Menurut Times of Israel, ribuan penunjuk perasaan berkumpul dekat kediaman Netanyahu menuntut beliau berundur, antara lain kerana pemimpin itu terpalit dengan kes rasuah.

Protes antikerajaan turut dilaporkan berlaku di beberapa bandar lain.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS