Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Pak Wan masih ketua Bersatu Melaka’
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 1:18 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Mohd Redzuan Yusof masih lagi ketua badan pimpinan Bersatu Melaka, kata ketua penerangan negeri Mohd Raduan Ja’apar.

Mohd Raduan berkata jawatan Redzuan, yang turut digelar Pak Wan, akan kekal sedemikian sehinggalah sebarang perubahan diumumkan Presiden Muhyiddin Yassin.

“Kebelakangan ini, wujud beberapa spekulasi yang sengaja dimainkan oleh ahli Bersatu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bukan lagi sebagai ketua badan pimpinan Bersatu negeri Melaka.

“Bagi menjawab sentimen di atas, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (Pak Wan) masih lagi memegang jawatan ketua badan pimpinan Bersatu negeri Melaka yang sah dan BPN menafikan segala desas-desus mengenai wujudnya pemangku ketua badan pimpinan Bersatu negeri Melaka yang baharu,” katanya.

Mohd Raduan justeru menasihatkan anggota Bersatu negeri tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan persepsi negatif kepada rakan komponen sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik di Melaka.

“Ahli parti Bersatu Malaysia pada setiap bahagian di negeri Melaka juga diingatkan untuk sentiasa berdiri teguh bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden Bersatu merangkap pemangku pengerusi Bersatu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS