Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus pada suku kedua 2020 berikutan langkah-langkah pemutus litar (CB) dan permintaan luaran yang lemah dalam persekitaran ekonomi global yang merosot disebabkan pandemik Covid-19.

Semasa mengeluarkan perangkaan awal, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura berkata langkah-langkah yang dilaksanakan selama lapan minggu dari 7 April termasuk menggantung perkhidmatan bukan penting dan menutup kebanyakan premis tempat kerja.

Katanya pada asas tahunan bermusim diselaraskan suku ke suku, ekonomi susut 41.2 peratus pada suku kedua.

Perangkaan awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku kedua 2020 dikira sebahagian besarnya daripada data dalam tempoh dua bulan pertama suku tahun itu - April dan Mei 2020 .

Ia menjadi petunjuk awal kepada pertumbuhan KDNK pada suku tahun itu dan tertakluk kepada semakan semula apabila data yang lebih komprehensif didapati.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS