Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasangan kekasih campak bayi dari tingkat 13 direman 6 hari

Polis menahan reman selama enam hari pasangan remaja berusia 18 tahun yang ditahan berhubung kes bayi baru lahir dicampak dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Air Itam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata perintah reman yang bermula hari ini bertujuan membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Seksaan kerana membunuh.

"Remaja lelaki itu kini ditahan di Lokap Berpusat Bayan Baru manakala teman wanitanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di George Town.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemukan penduduk pangsapuri tersebut di laluan naik ke kawasan parkir tingkat empat pangsapuri pada 8.18 pagi dalam keadaan cedera parah di kepala serta badan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak mencampak bayinya dari unit yang didiami keluarga di pangsapuri itu sebaik sahaja ia lahir selepas panik dan takut diketahui keluarga.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS