Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
219 warga India ditahan di depoh Imigresen akhirnya dihantar pulang
Diterbitkan:  Jul 11, 2020 2:06 PM
â‹…
Dikemaskini: 6:15 AM

Lebih 200 warga India yang ditahan di pusat tahanan Imigresen di Malaysia akhirnya pulang ke kampung halaman mereka.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, seramai 219 warga negara itu dibawa pulang dengan menaiki pesawat khas Malaysia Airlines hari ini.

"Hasil daripada usaha bersepadu Pesuruhjaya Tinggi India agar warga India yang ditahan di sejumlah kem Imigresen di Malaysia selamat pulang, seramai 219 warga dihantar pulang ke Amritsar, Punjab hari ini dengan pesawat khas MH8722," katanya di Twitter.

Pesuruhjaya Tinggi India menyuarakan penghargaan kepada Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara, Jabatan Imigresen dan polis atas kerjasama yang diberikan.

Ia juga mengongsikan temu bual bersama salah soeang yang ditahan Imigresen selama empat bulan, di laman Twitter rasminya.

Ramai yang ditahan Imigresen merupakan warga asing tanpa dokumen, tetapi ada juga yang memiliki dokumen perjalanan sah yang turut ditahan kerana keadaan yang disebabkan wabak Covid-19.

Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac bagi mengekang penularan Covid-19, dai ia menyebabkan warga asing, termasuk pelancong, terkandas di dalam negara.

Memandangkan mereka tidak boleh keluar, visa mereka akhirnya tamat tempoh dan kemudian ditahan oleh Jabatan Imigresen.

Keadaan diburukkan apabila berlaku penularan Covid-19 di pusat tahanan.

Antara warga India yang berdepan keadaan itu sebelum ini adalah Zeawdeen kadar Masdan, yang dijangkiti Covid-19 dan meninggal dunia di pusat tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS