Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes cabul: Polis tangkap tokoh aktivis
Diterbitkan:  Jul 9, 2020 9:10 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Polis telah menangkap seorang tokoh aktivis NGO susulan dakwaan mencabul seorang doktor pelatih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dalam suatu kenyataan memaklumkan penangkapan aktivis lelaki berusia 50an itu petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek... telah ditangkap pada hari ini 9 Jul 2020 petang tadi untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin," katanya.


BACA BERKAITAN :

Tokoh aktivis terpalit dakwaan cabul doktor pelatih

Aktivis NGO alu-alukan siasatan, nafi dakwaan mencabul


Terdahulu polis Kuala Lumpur juga mengesahkan telah menerima satu laporan polis yang dibuat pada 17 Februari 2020 oleh seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun yang merupakan seorang doktor pelatih.

"Setelah membuat laporan Polis tersebut, pada awalnya, pengadu tidak mahu meneruskan tindakannya. Kemudian, pada 7 Julai 2020, pengadu meminta pihak polis untuk meneruskan siasatan.

"Menurut laporan pengadu, pada 4 Nov 2019, jam lebih kurang 12.00 tengahari, pengadu telah dicabul oleh suspek yang merupakan seorang lelaki Melayu di dalam bilik pejabat suspek di sebuah hospital di Kuala Lumpur," kata kenyataan polis pada hari ini.

Menurut Mazlan, mangsa mendakwa lambat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya akan musnah memandangkan suspek adalah penyelianya serta seorang yang berpengaruh.

"Polis menasihatkan mangsa kes sebegini agar tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman yang setimpal dapat dikenakan kepada sesiapa yang terlibat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mencabul kehormatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS