Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Firma penyelidikan jangka OPR turun kepada 1 peratus
Diterbitkan:  Jul 9, 2020 10:37 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Firma penyelidikan perniagaan, Fitch Solution meramalkan Bank Negara akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 1 peratus untuk memacu ekonomi.

“Had fiskal dari kerajaan masih berlaku, menjadikan dasar monetari sebagai alat utama bagi pihak berkuasa menyokong pertumbuhan,” kata firma itu menerusi laporan terkini.

Ramalan tersebut dibuat meskipun Bank Negara menggunakan "dovish tone" ketika mengumumkan pada Selasa lalu penurunan OPR dari 2 peratus kepada 1.75 peratus.

Ini menandakan pengurangan 25 mata asas kali keempat sejak Januari. 

Kadar OPR terbaru lebih rendah berbanding ketika krisis kewangan global pada 2008.

F

Fitch Solution berkata pihaknya menjangkakan kerajaan akan mencapai dasar monetari bagi menyokong ekonomi kerana sukar melaksanakan kelonggaran fiskal.

Pengurangan OPR akan membawa kepada pinjaman yang lebih murah serta mendorong orang ramai meminjam dan membolehkan pengguna memiliki pendapatan boleh guna.

Pengurangan kadar OPR biasanya akan menyebabkan kebimbangan berlaku inflasi, namun menurut Fitch Solutions permintaan domestik dan antarabangsa mungkin akan menyebabkan berlaku disinflasi atau bahkan deflasi.

Bagaimanapun, firma itu menjelaskan ia bergantung kepada 'upside risk' dan Bank Negara boleh memilih untuk mengekalkan beberapa polisi dalam menghadapi kejutan ekonomi selanjutnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS