Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga mohon bantuan bebaskan warga India di depot Imigresen

Keluarga warga India yang ditahan di pusat tahanan Imigersen Malaysia telah menghubungi wakil rakyat dan pihak berkuasa mereka sebagai sebahagian usaha untuk membebaskan anggota keluarga mereka.

Malaysiakini melihat tiga surat-menyurat dengan permintaan untuk dihubungkan dengan Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia.

Satu surat menyebut sekurang-kurangnya 200 orang ditahan oleh Imigresen dalam serbuan 1 Mei lalu di sekitar Masjid India di Kuala Lumpur, yang mana 25 daripadanya dikatakan dari daerah Sivaganga, yang terletak di negeri Tamil Nadu.

Surat kepada pegawai kerajaan di Sivaganga meminta langkah sewajarnya diambil untuk membawa pulang warga India yang ditahan di sini.

Pegawai kerajaan itu kemudian merujuk permintaan dalam sepucuk surat bertarikh 1 Julai kepada pengarah berpangkat lebih tinggi yang bertanggungjawab dalam soal kebajikan dan pemulihan orang Tamil yang tidak berstatus warga India, dan turut membangkitkan 25 orang yang dipercayai dari Sivaganga.

Secara kebetulan, pada 1 Julai, Pesuruhjaya TInggi India di Twitter berkata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Archana Nair telah bertemu pegawai Imigresen di Putrajaya bagi membincangkan "pelepasan awal" tahanan India di depot Imigresen.

Malaysiakini turut melihat satu lagi surat bertarikh 17 Jun dari Anggota Parlimen Dhanush M Kumar kepada Menteri Hal Ehwal Luar India, Subramaniman Jaishankar, yang memohon bantuan untuk membebaskan seorang penduduk di kawasan Parlimennya yang terkandas di Malaysia.

"Abdul Majith Kanava Maideen adalah penduduk Parlimen Tenkasi yang terkandas di Malaysia dan ingin pulang.

"Dia telah menghantar semua maklumat yang diperlukan kepada kedutaan India," tulis Danush.

"Maka, saya meminta anda untuk memberi arahan sewajarnya kepada kedutaan India di Malaysia dan mengaturkan perjalanan untuk membawanya pulang secepat mungkin," katanya lagi.

Pengarah North-South Initiative Adrian Pereira memberitahu Malaysiakini dia telah memanjangkan surat dan maklumat berkaitan kepada Majlis Pegum untuk tindakan lanjut.

"Kita perlu pastikan pelancong selamat di sini pada masa akan daang dan tidak ditahan sewenang-wenangnya," katanya yang telah membantu beberapa keluarga di India dalam soal ini.

Ketika dihubungi, pengerusi bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen M Ramachelvam mengesahkan menerima dokumen tersebut.

"Kita sedang menelitinya. Ada pasukan peguam yang sedang meneliti surat-surat itu," katanya sambil menambah tiada ulasan lanjut boleh dibuat sementara menunggu maklumat lain.

Tidak jelas berapa ramai warga India di pusat tahanan Imigresen.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud untuk mengulas perkara ini.

Pada 24 Jun, Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dilaporkan dalam rundingan dengan Jabatan Imigresen untuk membawa pulang warga India yang ditahan.

Masalah yang dihadapi warga India yang ditahan Imigresen mengundang perhatian selepas salah seorang warganya, Zeawdeen Kadar Masdan, 67, mati dalam tahanan pada 12 Jun lalu.

Dia dipercayai antara sejumlah warga India yang datang ke Malaysia untuk melancong atau atas tujuan perniagaan yang ditahan Imigresen, selepas visa perjalanan 30 hari mereka tamat tempoh ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Jabatan Imigresen setakat ini bertegas bahawa mereka yang ditahan sama ada tiada memiliki dokumen atau tinggal lebih masa, di sebalik bukti dokumen termasuk cop imigresen dan dokumen visa lain, menunjukkan sekurang-kurangnya enam pengunjung telah tiba di Malaysia pada Mac.

[Baca berita asal] 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS