Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azhar Harun calon speaker, Azalina timbalan - Nga
Diterbitkan:  Jul 7, 2020 2:06 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Timbalan speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming mengesahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghantar notis mencalonkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebagai speker yang baru.

Nga juga berkata anggota parlimen Pengerang daripada BN Azalina Othman Said dicalonkan sebagai timbalannya.

Nga mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan akhbar Cina hari ni.

Ia akan menjadi usul pertama untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai ini, katanya seperti dipetik Sin Chew Daily.

Dalam usul tersebut, Muhyiddin berkata Azhar dan Azalina telah bersetuju dengan pelantikan mereka jika dicalonkan dan dipilih oleh anggota Parlimen.

Muhyiddin menghantar usul itu kepada Speaker Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga pada bulan lalu.

Ariff berkata pejabatnya telah menerima kedua-dua usul untuk dibahaskan.

Azhar merupakan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya sejak September 2018, manakala Azalina, selain menjadi anggota Parlimen selama lima penggal, antara lain pernah menjadi menteri undang-undang ketika pentadbiran BN.

Bagaimanapun, PH dan beberapa NGO telah menyuarakan gesaan agar Ariff dan Nga dikekalkan.

Seorang lagi timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon, kini bersama-sama kerajaan PN dan tidak terkesan dengan usul itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS