Paling Popular
Terkini

Majlis Tertinggi Umno menetapkan 27 Nov ini untuk Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 diadakan.

Keputusan itu diambil selepas pihak berkuasa yang memantau perkembangan Covid-19 membenarkan mesyuarat parti politik diadakan.

Mengumumkan tarikh berkenaan di Instagram, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata perhimpunan itu akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 

Seperti biasa PAU ke-74 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahmad berkata, Umno menetapkan 26 Nov sebagai tarikh perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, dengan majlis perasmian untuk ketiga-tiga perhimpunan tersebut diadakan malam sebelumnya.

Ahmad kemudiannya mengumumkan bahagian Umno negeri akan mengadakan konvensyen tahunannya dari 1 hingga 23 Nov.

"Namun negeri yang telah selesai awal mengadakan mesyuarat bahagian, boleh menganjurkan konvensyen lebih awal.

"[...] Cawangan Umno, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri cawangan yang belum bermesyuarat, bolehlah mengadakannya pada 15 Julai hingga 31 Ogos … Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15 September hingga 31 Oktober.

"Jumlah kehadiran ahli mesyuarat perlulah tidak melebihi 250 orang. SOP terperinci boleh disemak di laman web Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.

View this post on Instagram

Makluman Mesyuarat UMNO ➡️Selaras dengan kenyataan kebenaran bermesyuarat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan ROS, Mesyuarat Pengurusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang diadakan pada petang 6/7/20 telah menetapkan bahawa: ➡️Cawangan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda & Puteri cawangan yang belum bermesyuarat, bolehlah mengadakannya pada 15/7/20 hingga 31/8/20. ➡️Jumlah kehadiran ahli mesyuarat perlulah tidak melebihi 250 orang. SOP terperinci boleh disemak di laman web Pendaftar Pertubuhan, ROS iaitu www.ros.gov.my ➡️Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15/9/20 hingga 31/10/20. Kehadiran mesyuarat tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. ➡️Konvensyen Tahunan UMNO Negeri ialah pada 1/11/20 hingga 23/11/20. Namun negeri yang telah selesai awal mengadakan mesyuarat bahagian, boleh menganjurkan konvensyen lebih awal. Kehadiran jumlah peserta juga tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan. ➡️Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur: ▶️25/11/20 (Rabu) Perasmian serentak Wanita, Pemuda, Puteri (sebelah malam) ▶️26/11/20 (Khamis) Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri ▶️27 & 28/11/20 (Jumaat & Sabtu) Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC. Kehadiran juga tertakluk kepada SOP Kerajaan pada tarikh-tarikh itu. ➡️Surat rasmi pemakluman berhubung tarikh-tarikh berkaitan akan diberi esok, 7/7/20. (DS Ahmad bin Maslan, SU Agung UMNO, 6/7/20)

A post shared by Datuk Seri Ahmad Bin Maslan (@ahmad_maslan) on

Menurut beliau lagi surat rasmi pemakluman berhubung tarikh-tarikh berkaitan akan diedarkan hari ini.

Ekoran krisis Covid-19, ROS pada Mac telah menangguhkan semua aktiviti pertubuhan sehingga 30 Jun.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kemudian menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan seterusnya PKP bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan virus itu.

Bagaimanapun, negara mula membuka semula kegiatan dan perniagaan secara berperingkat dalam PKP pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, seperti bilangan penyertaan yang terlibat dalam satu-satu kegiatan, langkah kebersihan, pemeriksaan suhu dan sebagainya sebagai amalan norma baru.

[Baca berita asal]  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS