Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penggalas tugas ketua Wanita PKR diketahui seminggu dua lagi

Fuziah Salleh, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Gan Pei Nei antara pemimpin PKR yang dicalonlan sebagai ketua baru sayap wanita parti berkenaan.

Jawatan tersebut kosong ekoran pemecatan penyandangnya, Haniza Talha akhir bulan lalu.

Menurut Rodziah keputusan untuk pelantikan jawatan berkenaan - serta timbalannya - akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam tempoh seminggu dua lagi.

Beliau yang juga exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor memberitahu

Adun Batu Tiga itu berkata terdapat enam calon bagi jawatan ketua wanita.

"Kita serah (keputusan) kepada presiden (Anwar Ibrahim) untuk berbincang dengan mereka yang (dalam) biro politik atau MPP.

"Sepatutnya dalam seminggu dua ni," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Untuk rekod, pada 13 Jun Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi, yang menyandang jawatan timbalan ketua wanita mengumumkan keputusannya meninggalkan PKR.

Boleh dibuat dalam MPP

Tidak lama selepas itu, pada akhir bulan lalu bekas ketuanya Haniza dilucutkan keahliannya dalam PKR. 

Rodziah menjelaskan, jika sebelum ini jawatan tersebut diisi melalui pemilihan parti, tetapi kali ini ia berbeza kerana kekosongan kedua-dua jawatan itu berlaku secara mengejut.

"Sebab ada sedikit klausa dalam perlembagaan kita bahawa kekosongan itu luar biasa sedikit.

"Maknanya ketua wanita tak ada, timbalan tak ada. Jadi yang ada sekarang ini adalah naib-naib (presiden) saja," katanya.

Rodziah Ismail

Menurut Rodziah, jawatan timbalan boleh diisi oleh naib presiden tetapi jawatan ketua wanita pusat tidak boleh diisi oleh timbalan.

"Sebab itu bila mandat tersebut (dibuat) , resolusi dibuat oleh majlis pimpinan wanita.

"Kita beri mandat itu kepada pihak pimpinan pusat dan pihak pimpinan pusat telah menerima resolusi itu untuk mempertimbangkan calon-calonnya," kata beliau.

Rodziah menambah keputusan itu juga dibuat oleh kerana perkara tersebut perlu disegerakan kerana jika melibatkan pemilihan seluruh Malaysia, akan mengambil masa.

"Sebab dalam perlembagaan mengatakan apa-apa urusan wanita PKR boleh dibuat dalam MPP," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS